24 May, 2017

Promosi Istimewa Ramadan Makeup Brush

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Hi Ladies, macammana dengan persiapan untuk menyambut bulan Ramadan lusa? Setiap tahun Mek Min as usual ada buat list apa yang nak dicapai sepanjang bulan Ramadhan walaupun tak dapat buat semua tapi kata orang jangan tinggal semua. Betul tak hehe, Insha-Allah mudah mudahan Allah temukan kita dengan bulan Ramadhan pada tahun ni dan berikan kita nikmat masa supaya dapat beramal ibadat dengan sepenuh hati agar kita boleh bergraduat dari universiti Ramadan dengan sijil Taqwa di akhir nanti. Amin


Seperti yang korang sedia maklum, kalau ada yang sempat baca atau terbaca atau mungkin ada yang belum tahu aku ada jual makeup brush one set ni ada 7 pcs kesemuanya. Dalam post sebelum ni aku dah explain detail. Untuk post kali ni just nak inform lagi sekali promosi makeup brush akan berlangsung sepanjang bulan Ramadhan ini.

Mungkin ada yang tanya makeup brush ni untuk bawa pergi travel je ke? Tidak semestinya nak travel ke luar/dalam negara anda perlu memilikinya. Sebenarnya tujuan makeup brush ini dicipta adalah untuk memberi kemudahan touch up makeup setiap kali anda keluar. Yes, itulah kegunaannya. Sebelum ni kalau ada gegirls yang suka touch up makeup masa keluar jalan-jalan macam aku ni tak pernah pun nak bawa brush dalam handbag sebab rasa macam melampau ngatt nak bawa brush yang besar tu cukuplah makeup basic macam lipstick dan bedak compact tapi kalau nak usung brush ni rasa ringan tak bawa apa-apa dalam handbag. Ha, nampak perbezaan dia.


Sebarang pertanyaan dan untuk order you can always whatsapp me at my number given below. Akhir kata, selamat menyambut Bulan Ramadan! Jangan ponteng puasa tau. hehe, jumpa in the next entry peeps.



Thanks for reading my entry
xoxo
Post a Comment