02 August, 2017

Cara Lukis Eyebrow : Palladio Cosmetics Review &; amp Special Giveaway

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Dulu aku pernah review tentang Palladio Cosmetics. Kalau ada yang dah lupa atau tak pernah baca boleh tekan sini. Aku explain panjang lebar beberapa produk cosmetics dari Palladio. Sekarang ni most cosmetics yang aku guna adalah from this brand. Sebelum tu aku nak review Palladio eyebrow pensil dulu sebab entry lepas aku belum review lagi dan dan please baca sampai habis sebab at the end ada special giftaway. Kalaulah ada orang baca blog ni kan dan kot-kot nak cuba nasib mana tahu ada rezeki anda boleh menang.

Palladio Brow Definer
RM39.90


Description: Ultra precise twist-up pencil creates fine detail with a long-lasting staying power. The spooley brush blends color effortlessly for a natural finish. 

Shades available: 

01: Taupe
02: Medium Brown
03: Ash Brown
04: Black Brown


First aku nak bagitau tentang shades dulu. Palladio Brow Definer ada empat shades yang available. Dalam banyak-banyak shades, aku paling suka code 02 Medium Brown dan code 04 Black Brown. Kedua-dua shades ni warnanya black-brownish yang pekat, tak terlalu hitam sebab kalau hitam sangat pun tak sesuai sebab nampak garang/age dan kalau brownish sangat pun aku tak berapa suka sebab nampak pucat jadi hanya dua code ini telah menambat hati aku. Jadi bagaimana pula dengan code 01 Taupe dan code 05 Ash Brown? Warnanya is too pale for me, tapi aku notice kalau pandai blend antara different code, boleh hasilkan natural touch yang sangat cantik. Maybe aku ni agak noob nak draw eyebrow yang cantik sharp macam makeup artist tapi at least adalah improvement sikit 😉


Nombor 1: Black Brown
Nombor 2: Medium Brown
Nombor 3: Ash Brown
Nombor 4: Taupe






Apa yang aku perhati lah kan, penting untuk kita memilih eyebrow pensil yang betul untuk dapatkan finishing yang cantik sharp. Sebelum ni aku guna eyebrow pensil yang macam biasa tu, beza sangat time lukis kening as for Palladio Brow Definer ni cantik je terbentuk, tak penat nak smoothkan dia masa blending dan paling penting tak makan masa! Biasanya aku akan ambil masa paling lama nak lukis kening. haha, Salah satu sebab Palladio ni mudah je nak lukis because of the tip is extremely precise! It goes effortlessly and natural. Sebab tu nama dia micro pencil. Newbie yang baru berjinak-jinak dengan mekap boleh pilih tip eyebrow yang macam ni untuk memudahkan urusan hidup anda.


Ada lagi add up point nya, eyebrow ni ada dual-functional tau which is pada bahagian hujung ada eyebrow brush! Mula-mula tu aku tak perasan pun ada eyebrow brush ni. Ingatkan ada satu bahagian untuk lukis brow je, pastu tersalah bukak then baru tahu rupanya sebelah lagi ni ada brush. Nampak tak kejakunganku disitu 😄 Biasanya kalau beli eyebrow pensil jarang sangat ada bagi brush sekali. Biasa kena beli secara berasingan kan tapi Palladio Brow Definer dah siap-siap ada brush. Tengok brush dia pun dah tahu memang jenis yang berkualiti tinggi, design and the hardness of this brush able to blend the brow smoothly macam highway! haha


Alright, step yang aku follow exactly macam gambar ni. Mulakan garisan pada bahagian bawah dulu kemudian baru lukis yang atas. Blending part agak kritikal sikit kan. No worries, practice makes perfect guys :)



Aku pakai ni code 04 Black Brown.

SPECIAL GIVEAWAY CONTEST 

Okey, tibalah part yang dinanti-nanti iaitu special giveaway from Palladio Cosmetics. Anda berpeluang untuk mendapat lipstick atau blusher dari Palladio Cosmetics tau. Aku akan pick peserta not solely based on luck tapi pada usaha dan kretiviti anda. Nak tahu lebih lanjut sila baca syarat-syarat dibawah.



Awal tu syaratnya uolls kena beli beauty brush kit (from my online store) baru dapat free giveaway tapi aku dah ubah syarat-syaratnya sebab rasa macam tak adil kan. Rasa macam tak tulus je. Aku muhasabah balik yang aku ni nak berniaga atau nak bagi barang percuma. haha jadi syarat-syaratnya telah diubahsuai dan dipermudah. Sebelum tu baca dulu dengan teliti disclaimer kemudian baru baca syarat-syaratnya.

Disclaimer
  • Giveaway ini akan berlangsung selama dua minggu bermula 02 Ogos 2017-15 Ogos 2017.
  • Pemenang akan diumumkan pada 16 Ogos 2017 di laman instagram @yasminyusuf87 melalui Direct Message. 
  • Hadiah yang diberi adalah random iaitu samaada lipstick atau blusher.
  • Sekiranya terpilih, anda perlu membayar duit untuk pos laju di RM8 SM dan RM10 SS
  • Jika tiada penyertaan setelah tarikh tersebut, produk ini akan diberi secara random kepada ahli keluarga/rakan terdekat untuk dipromosi pada laman instagram masing-masing.
Syarat-Syarat
Tips

Tips nak menang senang je. Fikirkan ayat yang paling kreatif. Kalau boleh out of the box tapi jangan sampai tak masuk akal pulak.ngehe Ada sense of humor pun boleh. Aku akan baca ayat korang tu one by one and siapa yang paling kreatif dialah yang akan menang. Mudah kan. Apa tunggu lagi, join lah sekarang!

For more info, please visit

Thanks for reading my entry
xoxo
Post a Comment